Monday, January 31, 2011

ALBUM BARU HPA-UNIC HIJRAH


Pelancaran Album UNIC – Hijrah, terbitan bersama HPA – UNIC. Album ini akan dilancarkan pada 5hb Feb 2011 sempena Konvek HPA Malaysia 2011. Album ini mengadungi 10 lagu dengan 6 lagu baru yang mana liriknya telah di tulis sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah Doa Dhuha, Hijrah, Sajak Usahawan, Doa Rabitah, Sangkar Hati, Solatlah Wahai Permata Hatiku, Asy-Syafi, Menuju Wawasan. dan 2 lagu lain. Album ini juga akan diedarkan melalui MLM HPA dengan bernilai mata (Harga RM25.90 dengan 5NM).

Nantikan nukilan khas dari Tuan Haji Ismail Bin Ahmad kepada semua ahli HPA! Semoga kita dapat berhijrah kepada ekonomi Islam yang mantap! Insya-Allah.