Tuesday, December 21, 2010

KOWAHIDA: MURABAHAH PRODUK-PRODUK HPA



Kemudahan Urusniaga Jual Beli Murabahah Produk H.P.A

Dipekenalkan untuk memudahkan anggota Kowahida membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.
PENGENALAN

Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah ini diperkenalkan untuk memudahkan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad atau Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.
KONSEP SYARIAH

Urusniaga Jual Beli ini berdasarkan konsep Murabahah di mana konsep ini adalah jualan tambahan untung dimana barangan diserah segera manakala harga jualan, terdiri daripada kos dan keuntungan, dibayar kemudian secara ansuran. Penjualan produk adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan dan dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jual beli dilaksanakan.

LEBIH LANJUT

Hubungi Pn Harteny di pejabat Kowahida