Tuesday, September 7, 2010

PPZS GLOBAL: SUMBANGAN AIDIL FITRI HPA ZON SELATAN (SK KAHANG KLUANG)




HPA meneruskan niat baiknya di bulan Ramadhan lagi walaupun sudah tiba di penghujungnya. Baru-baru ini SK Kahang, Kluang, Johor telah menerima sumbangan daripada HPA melalui Pejabat Pentadbiran Zon Selatan. Sumbangan kepada 50 orang anak yatim dan pelajar kurang mampu sekolah itu telah diterima oleh oleh Ustazah Ismiah. Semoga sumbangan syarikat yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari lebaran kelak.