Tuesday, May 4, 2010

PPZS GLOBAL : PAMERAN DAN JUALAN AWM ZON SELATAN DI HARI POTENSI KEMAS ZON SEMBRONG 2010

Alhamdulillah, pada 28 April 2010, PPZS, AWM dan RFC Kluang telah dijemput untuk menyertai pameran dan jualan produk di Dewan Cempaka Felda Ulu Belitong sempena program tahunan anjuran KEMAS Sembrong. Program tersebut bertujuan untuk mengasah bakat-bakat kanak-kanak yang berpotensi untuk dibangunkan pada masa akan datang. Antara pertandingan yang dianjurkan adalah Tilawah Al-QURAN, Hafazan, Pengucapan Awam, Sketsa dan lain-lain yang bermula pada 08 pagi sehingga 02 petang.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada staf AWM Cawangan Kluang 2 dan RFC Kluang kerana bekerjasama sepenuhnya dalam menjayakan pameran tersebut dengan jumlah jualan yang memberangsangkan. Amin.