Wednesday, May 5, 2010

PPZS GLOBAL: AWM MASUK SEKOLAH

Alhamdulillah,

AWM Zon Selatan kini meneruskan usaha dalam meneroka pasaran-pasaran potensi untuk mengembangkan perniagaannya. Terkini, promosi dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Chamek bersempena dengan Hari Sukan Sekolah pada 2 Mei 2010. AWM dijemput untuk membuat promosi produk di sekolah tersebut di samping memberi sumbangan air mineral 600ml sebanyak 200 botol kepada semua pelajar sekolah yang terlibat dalam kejohanan tersebut. Sumbangan tambahan kepada Guru Besar sekolah dan Perasmi Kejohanan berbentuk hamper produk. Promosi yang bermula jam 12 tengahari turut disertai oleh orgaisasi dan individu lain seperti PIBG.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah kerana menjemput kami menyertai promosi dan memberi peluang untuk sumbangan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan promosi yang menjayakan slot promosi bagi merangsang penjualan produk. Wasalam.