Thursday, May 6, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KAWASAN SELATAN KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

Alhamdulillah,

Setelah penangguhan mesyuarat pertama pada April 2010 kerana tidak cukup korum minima 100 orang, KoWahida meneruskan mesyuarat kedua mereka pada 04 Mei 2010 yang dihadiri seramai 130 orang ahli KoWahida. Seramai 7 orang perwakilan telah dipilih untuk mewakili kawasan Selatan ke Mesyuarat Perwakilan pada bulan akan datang. Antara perwakilan yang dipilih ialah PJS Rahmat bin Daim, PJM Fauziah binti Abu Samah, En. Jamsor bin Ahmad, PJS Evi Shoraya binti Riduan Yamani, PJ Zamri dan lain-lain.

Semoga perwakilan yang dilantik dapat menyuarakan pendapat dan komen ahli-ahli koperasi di kawasan Selatan untuk pembangunan KoWahida itu sendiri secara menyeluruh. Setinggi penghargaan kepada Ahli Lembaga Pengarah KoWahida kerana berjaya mengendalikan mesyuarat. Sekalung tahniah diucapkan kepada ahli KoWahida yang hadir pada malam tersebut.