Thursday, May 20, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI JOHOR BAHRU MEI 2010

Alhamdulillah,

Sesi KPJ Mei 2010 diteruskan lagi pada 11 Mei bertempat di Hotel Selesa, Johor Bahru yang disampaikan oleh PJM Morad Bin Abu Bakar. Tajuk kuliah yang disampaikan adalah Kaedah Merawat Penyakit Kencing Manis Mengikut Perubatan Jawi yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang yang diisi dengan penerangan testimoni daripada ahli HPA Skudai Puan Hamimah bt Haji Kassan berkenaan pengamalan beliau mengatasi migrain kronik dan keberkesanan penggunaan produk-produk HPA yang jarang diamalkan oleh ahli yang lain. Setinggi penghargaan diucapkan kepada PJM Cikgu Morad, para PJS, stokis, ahli dan staf HPA kerana terlibat menjayakan kuliah pada malam itu. Takbir.