Friday, May 28, 2010

FAKTA KAPSUL YANG TAK HALAL DI PASARAN



30 % DARIPADA 100 PRODUK KESIHATAN DIUJI USM TIDAK HALAL
Kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar tempatan bertarikh 2 November 2009,ujian dilakukan di Makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia(USM)mendapati 30% daripada 100 produk kesihatan di pasaran tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul daripada KULIT BABI.
Gelatin merupakan suatu campuran protien diekstrak daripada kulit binatang.Ia digunakan sebagai sarung kapsul untuk ubat-ubatan.
Prof.Madya Dr Syed Azhar syed Sulaiman, Dekan Fakulti berkata,"kebanyakan produk yang diuji tidak halal oleh pihaknya boleh diperolehi di pasaran tempatan.Malah kebanyakan produk farmaseutikal yang dijual di negara ini mengatakan produk mereka HALAL tetapi hakikatnya kita tidak tahu kerana tiada sebarang mekanisma digunakan untuk menentukan perkara itu."
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar gelatin Halal,di dapati bahawa terdapat beberapa buah kilang gelatin dunia yang mengeluarkan gelatin halal secara berkelompok (in batches) di dalam kilang yang sama. Situasi ini akan mengakibatkan kontiminasi(pencemaran/keracuanan) yang sangat tinggi kerana adalah sangat mustahil sesuatu kilang gelatin dapat mengasingkan sumber babi dan sumber lembu dari mula pemprosesan hingga menghasilkan produk siap.
Bagaimana pula dengan tangki-tangki dan peralatan yang telah memproses tulang babi? Adakah mereka melakukan proses 'samak' ke atas semua peralatan tersebut? Terdapat juga kilang gelatin yang mengakui diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam tetapi menggunakan campuran sumber babi dan lembu. Seterusnya,bila kilang gelatin yang menggunakan tulang lembu adakah haiwan itu disembelih mengikut syariat Islam?
Faktanya,kilang kapsul yang menggunakan gelatin halal hanyalah 2% daripada pengeluaran gelatin dunia.Ledakan pasaran HALAL yang berlaku sekarang ini menyebabkan semua pihak melihat isu ini sebagai satu peluang tanpa melihat kepada persoalan pokok kita dalam beragama,halalkah produk yang diambil? Sama-sama kita martabatkan produk halal kita.