Thursday, May 20, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) SENAWANG MEI 2010

Alhamdulillah,

KPJ Mei 2010 terus dianjurkan lagi pada 19 Mei bertempat di Dewan D'Ark 22, Senawang, Negeri Sembilan yang disampaikan oleh PJM Morad Bin Abu Bakar. Tajuk kuliah yang disampaikan adalah Kaedah Merawat Penyakit Kencing Manis Mengikut Perubatan Jawi yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang yang diisi dengan penerangan testimoni daripada ahli HPA Puan Rosnani berkenaan pengamalan beliau mengatasi resdung menggunakan produk0produk HPA. Setinggi penghargaan diucapkan kepada PJM Cikgu Morad, para PJS, stokis, ahli dan staf HPA kerana terlibat menjayakan kuliah pada malam itu.