Monday, March 8, 2010

PPZS GLOBAL: PAMERAN DAN JUALAN DI MATRADE,s PROGRAMME WITH ENTREPRENEURS AND EXPORTERS 2010

Pada 25 Februari 2010, MATRADE telah menganjurkan program tersebut di Melaka 1 Ballroom, Equatorial Hotel, Melaka. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk berbincang menegani pasaran eksport dan kejayaan usahawan negara.

HPA telah dijemput sebagai Panel dalam Slot Sharing Experience With Malaysian Exporters yang diwakili oleh En Mohd Faisol Bin Abdul Rahman (GM AWM). Forum selama 2 jam itu memadai untuk beliau berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai kejayaan HPA dalam perdagangan eksport. Sesi Q&A forum dipenuhi limpahan pujian dan inquiry dari usahawan yang lain.

Pameran dan jualan turut dilakukan oleh PPZS dengan kerjasama AWM Cawangan Semabok dan Melaka Halal Hub (MHH) Serkam sebagai promosi produk HPA kepada tetamu yang hadir.

Setinggi penghargaan kepada pihak MATRADE kerana menjemput HPA sebagai tetamu dan panel perkongsian maklumat. Terima kasih juga kepada AWM Cawangan Semabok dan MHH kerana memberi kerjasama sepenuhnya kepada PPZS dalam menjayakan pameran.