Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Bahagian Latihan & Promosi Zon Selatan bersama-sama AWM Cawangan Semabok, Melaka telah membuka pameran dan jualan HPA bertempat di Dewan Pameran, MITC, Ayer Keroh Melaka pada 31 Disember 2009 sehingga 03 Januari 2010. Pameran tersebut diadakan bersempena dengan Karnival Pengisytiharan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2010 yang diisytiharkan oleh T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pameran ini diadakan bertujuan:
- Memperkenalkan produk-produk HPA kepada orang ramai melalui persembahannya (display),
penerangan (explaining) dan percubaan (sampling).
- Meningkatkan hasil jualan AWM Cawangan Semabok
- Menarik lebih ramai orang awam disekeliling tapak pameran menjadi ahli HPA.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) selaku penyelia pameran bagi karnival ini kerana menjemput pihak HPA Zon Selatan untuk menyertai pameran di karnival ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada eksekutif dan staf AWM Cawangan Semabok kerana meringankan kaki dan tangan membantu PPZS dalam menjayakan pameran tersebut. Semoga usaha yang sedikit ini akan memberi manfaat yang besar kepada perniagaan suci HPA. InsyaAllah.