Produk & Herba Pilihan
Saturday, August 27, 2011
Warkah Penting Untuk PJS/PPJS
Sila ambil perhatian kepada semua PJS dan Pelapis PJS, berikut adalah Program-program HPA yang akan berlangsung pada masa akan datang:
Mohon tindakan bersama. Kerjasama dan penglibatan anda amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pemasangan Bendera Malaysia & Negeri di Cawangan/Premis
Pemasangan bendera Malaysia & negeri di premis masing-masing akan mula berkuatkuasa pada 27 Ogos 2011 (Pejabat Pentadbiran Zon & Gudang Zon Selatan) dan 29 Ogos 2011 (Cawangan & Halal Mart) bersempena Bulan Kemerdekaan ini. Diharapkan kerjasama penuh dari semua.
Friday, August 26, 2011
Jemputan Malam Amal & Bantuan Anak Yatim Negeri Perlis
HPA Industries Sdn Bhd dengan ini telah bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP's) untuk menjayakan Program Amal dan Bantuan Anak Yatim Sempena Sambutan Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan. Majlis ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis serta Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis, YAB Menteri Besar Perlis, Exco Negeri Perlis dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis.
HPA telah menyediakan 20 meja berbayar untuk barisan PJS, PPJS dan ahli yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut. Kapasiti satu meja adalah 10 orang. Nilai tiket makan malam amal tersebut berharga RM50.00/seorang.
Untuk makluman, TIADA penginapan akan disediakan. Namun untuk pertanyaan tempat penginapan yang berdekatan sila berhubung dengan AJK Penginapan iaitu Puan Ozaizura bte Othman (04-9776805 / 012-6870773).
Semua penyertaan hendakalah melalui PRESIDEN / SETIAUSAHA kelab masing-masing dan diserahkan Senarai Nama Pengesahan Kehadiran melalui borang yang disediakan selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2011 (Isnin), dan diserahkan kepada AJK Jemputan iaitu:
- Normalina bte Sharoni (emel: dew_beater1505@yahoo.com)
- Nor Irwani bte Abdul Rahman (emel: nor_irwani87@yahoo.com)
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Seluruh warga Pejabat Pentadbiran Zon Selatan khususnya dan seluruh staf HPA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Dzahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Di kesempatan ini, kami ingin memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki; ampunkan segala keterlanjuran, terkasar bahasa, termakan minum dan segala kelemahan diri kami.
"Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan"
"Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya"
Rezeki dari Allah
Bacalah tinta dan penulisan terbaru dari Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd. sendiri, Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad berkenaan Rezeki dari Allah. InsyaAllah, banyak hikmah dan pengajarannya.
Thursday, August 25, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Sejarah Ayat Kursi
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari sebarang godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.
Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah", sesiapa yang mengamalkan dan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya, dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah akan mencerdaskan akal fikirannya. Antara fadhilat-fadhilat ayat Kursi mengikut Hadis-hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah akan hilangkan segala kekafiran di depan matanya."Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan, sebagaimana dalam sabda Baginda yang bermaksud:
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar-pembesar."Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi akan menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan Kursi juga akan memberikan keselamatan dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dalam penuh khusyuk insyaAllah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu, eloklah jika anda membaca ayat Kursi 100 kali. InsyaAllah anda sekeluarga akan terhindar dari gangguan zahir dan batin. Barangsiapa membaca ayat Kursi tempat tidurnya, Allah memerintahkan dua malaikat memeliharanya sehingga subuh.
Bukan Saka Tapi Pusaka
Ini kerap berlaku pada dunia artis dan pekerja di tempat-tempat yang tidak syar'i. Pendapatan yang tidak halal menyebabkan tubuh tetap menolaknya dan membentuk penyakit rohani yang tidak mampu difahami oleh manusia. Apabila berlaku di luar kemampuan akal - jalan mudah untuk menutup kejahilan - penyakit itu dikatakan berasal dari jin atau saka.
Jin dan keturunan pula yang disalahkan sedangkan dirinya tetap bersih dari dosa. Bagaimana dengan ajaran Islam yang mengajar doa yang bermaksud: "Tidak ada Ilah (rab) melainkan Engkau ya Allah, sesungguhnaya aku termasuk di dalam kaum yang zalim." Justeru itu, mengaku kezaliman diri sendiri lebih cepat berlaku proses penyembuhan daripada penyakit spiritual ini. Insya-Allah.
Pertukaran Alamat Blog
Monday, August 22, 2011
Johor Dibanjiri Ayam Disembelih Tidak Sempurna
Masalah tersebut berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan. Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, pihaknya bimbang pengusaha kecil kini semakin berani untuk mengaut keuntungan berikutan permintaan yang tinggi daripada umat Islam berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
“Pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAIJ,” katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bahru di Pontian awal pagi semalam. Dalam serbuan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi itu, JAIJ mendapati premis terbabit tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.
Turut membimbangkan JAIJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kaedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa. Menurutnya, JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal namun mereka tidak mematuhinya.
“Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci,” kata Samsudin. Beliau berkata, pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna. Samsudin berkata, JAIJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.
Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.
dipetik dari akhbar Kosmo!
Friday, August 19, 2011
Makluman Berkenaan Dividen KOWAHIDA
Para pelabur KOWAHIDA akan menerima surat rasmi mengenai dividen dalam tempoh yang terdekat. Proses penghantaran surat akan bermula pada 25hb sehingga 30hb Ogos 2011.
Tuan/Puan juga diminta untuk mengembalikan keratan maklum balas surat dividen tersebut samada hendak mengambil dividen ataupun ditambah sebagai saham secara pos, faks, emel atau terus ke ibu pejabat KOWAHIDA selewat-lewatnya 30hb Sept 2011.
Kegagalan tuan/puan mengembalikan keratan tersebut dalam tempoh tersebut menyukarkan proses pengambilan dividen tersebut kerana mengikut Undang-undang Kecil Koperasi Seksyen 66(1), dividen hendaklah dikreditkan ke akaun modal syer anggota sekiranya anggota itu tidak meminta dibayar kepadanya secara tunai dalam tempoh 30 hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan.
Sebarang pertanyaan atau masalah mengenai dividen dan pembayarannya, bolehlah menghubungi Pejabat KOWAHIDA di talian 04-9773813 / 14 atau pegawai seperti berikut;
- En. Mohammad Farizan bin Abu Seman (017-5815152)
- Pn. Hartini bte Abd Halim (017-4853139)
- En. Aizat Sharmizi bin Md Fuzailee (019-4506772)
dipetik dari duniaherbahpa.com
Thursday, August 18, 2011
Promosi Ubat Gigi Miswak
Ubat Gigi Miswak dengan ekstrak semulajadi kayu sugi dan berkesan dalam memberikan anda keyakinan serta penjagaan mulut yang optimum. Seiring dengan kehendak Syarak, formula semulajadinya:
- Membersih dengan berkesan untuk memutihkan gigi
- Mencegah kerosakan gigi
- Melindungi gigi daripada kaviti
- Mencegah plak gigi
- Menyegarkan nafas
Harga Pengedar : RM3.50 (SM) RM5.00 (S&S) [1 NM]
Tuesday, August 16, 2011
Syarat Baru Maintain 150NM
Pengarah Urusan telah meluluskan tempoh maintain 150NM boleh dibuat dalam tempoh SEBULAN dan boleh membuat pembelian di MANA-MANA AGEN STOK yang berdaftar. Antara syarat-syaratnya:
- Borang Maintain 150NM (berwarna kuning) mesti diambil di CAWANGAN BERDEKATAN.
- Salinan sijil ESP atau Bengkel ESP perlu dilampirkan dengan invois dan Borang Maintain.
- Bagi program ESP/BESP yang berlangsung pada 25hb dan ke atas akan dikira pada bulan berikutnya.
- Proxy sama sekali TIDAK DIBENARKAN.
Aneka Kuih Raya
Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Melaka Halal Hub telah menyediakan pelbagai jenis kuih raya berjenama HPA yang telah pun berada di pasaran melalui beberapa Cawangan Utama HPA iaitu:
- HPA Cawangan Batu Pahat
- HPA Cawangan Johor Bahru
- HPA Cawangan Muar 2
- HPA Cawangan Pasir Gudang
- HPA Cawangan Skudai
- HPA Cawangan Tangkak
- HPA Halal Mart Ayer Keroh
- HPA Cawangan Semabok
- HPA Halal Mart Senawang
- HPA Cawangan Nilai
Harga Pengguna : RM27.00
Harga Pengedar : RM25.00 (2NM)
Majlis Tadarus Al-Quran, Berbuka Puasa & Tarawikh
Majlis Tadarus Al-Qur'an, Berbuka Puasa & Tarawikh
- Tarikh : 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432H
- Masa : 5.00 petang
- Tempat : Dewan HPA Cawangan Utama Johor Bahru (UDA)
Monday, August 15, 2011
Ko-Wahida Kekalkan Dividen 10%
Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Perlis. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa Ko-Wahida tersenarai dalam koperasi terbaik di Perlis dan mengucapkan tahniah kepada Ko-Wahida kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Har Koperasi Negara id Putrajaya baru-baru ini.
Di samping itu, Pengerusi Ko-Wahida, En. Mohamad Faisol bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada seluruh anggota insyaAllah.
Pada mesyuarat tersebut, ahli Lembaga dan Perwakilan Ko-Wahida bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 2010 kepada anggota-anggota yang layak.
Barisan baru ALK juga telah dilantik dalam mesyuarat tersebut, 2 orang ALK lama telah digugurkan, iaitu En Ismail bin Othman dan Pn Nor Haida bte Rameli. Ahli Lembaga Ko-Wahida (ALK) yang baru yang dilantik menggantikan ALK lama yang digugurkan ialah En Harryzan bin Yaak. Barisan baru ALK ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita yang lebih besar setiap anggota dan salah satunya adalah menghala tujukan koperasi ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.
Saturday, August 13, 2011
Kehadiran Staf Ke Majlis Berbuka Puasa
- Eksekutif/Pengurus Cawangan dan Pegawai yang terlibat perlu mendaftar diri pada jam 8.00 pagi (terlibat dengan Bengkel ESP)
- Staf yang berhampiran pula perlu hadir sebelum jam 5.00 petang (6.00 petang bagi staf yang bertugas/menutup cawangan)
- Semua staf yang terbabit pada hari tersebut hendaklah hadir pada jam 4.00 petang (6.00 petang bagi staf yang bertugas/menutup cawangan)
Friday, August 12, 2011
Bengkel ESP Siri 3 : Sinergi Herba bersama Pengarah Urusan
Tarikh : 21hb Ogos 2011
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Halal Mart Serkam, Melaka
Pendaftaran adalah PERCUMA*
*RM50 dikenakan kepada ahli bukan peserta ESP
Terbuka kepada 100 orang sahaja. Tempat adalah TERHAD. Semua PJS, Pelapis PJS dan Eksekutif Cawangan DIWAJIBKAN hadir.
Untuk pendaftaran & pengesahan kehadiran, sila hubungi:
Nuraina bte Abd Razak 012-2376836
Halal Mart Serkam 06-2634100
Thursday, August 11, 2011
Wednesday, August 10, 2011
Jika Anda Ingin Berjaya : Bersolatlah!
Walau sebesar manapun kejayaan yang diperolehi di dunia, ia hanyalah jangkamasa yang singkat, mungkin beberapa puluh tahun sahaja. Namun yang jelas, itu bukanlah kejayaan yang kekal. Kejayaan yang kekal abadi ialah menggunakan kejayaan itu sebagai alat bagi mendapatkan keredhaan Allah dan syurga.
Untuk itu, kekayaan potensi diri kurniaan Allah wajiblah dioptimumkan. Semoga kita mentafsir ayat-ayat itu secara membina dan bijaksana. InsyaAllah.
Khasiat Teh Tropika & Madu Asli di Bulan Ramadhan
Tuesday, August 9, 2011
Pemberitahuan Tentang Penggunaan Butter dalam Kek Lapis & Kuih Raya
Salam. Untuk pengetahuan semua :
- Kek lapis dan biskut raya tidak menggunakan "golden churn butter" sebaliknya menggunakan lemak kelapa sawit yang dikilangkan oleh Sime Darby Sdn. Bhd. Butter jenma lain tidak pasti kehalalanya kerana kebanyakkan diimport dari New Zealand dan Australia. Untuk selamat lebih baik menggunakan butter atau majerin yang dibuat di Malaysia seperti jenama Planta, Seri Pelangi dan sebagainya.
- Kepada semua cawangan, zon dan semua yang terlibat mohon memaklumkan kepada pelanggan dan ahli HPA mengenai perkara ini.
- Saya lampirkan sijil halal yang berkaitan dan surat daripada pembekal butter sebagai panduan kita.
- Mohon semak dengan teliti produk selain daripada jenama HPA mengenai kehalalanya.
- Biskut HPA juga menggunakan butter daripada lemak kelapa sawit dan mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Sebarang pertanyaan, mohon untuk terus menhubungi saya.
RASHIDAH ABD. RAHMAN
MANAGER MHH.
HPA INDUSTRIES SDN. BHD.
LOT 125, MELAKA HALAL HUB,
77300 SERKAM, MELAKA
TEL: +606-2634100 FAX; +606-2636100
HP: 012-7269544 / 016-7628548
EMAIL: rashidahmhh_hpa@yahoo.com
JAWI Power Saver
Adakah anda tahu?
Anda sebenarnya membayar bil elektrik LEBIH dari apa yang anda telah gunakan?
Adakah anda tahu lampu kalimantang yang menyalurkan 65 watt tenaga elektrik sebenarnya memerlukan tenaga sebanyak 99 watt untuk menghidupkannya? Ini sebenarnya satu pembaziran sebanyak 30%!
Gunakan JAWI Power Saver! Dijamin jimat sehingga 25%!!!
Monday, August 8, 2011
Satay di RFC !!!
Thursday, August 4, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Waktu Operasi Halal Mart / Cawangan
Waktu Urusniaga : 8.00 pagi - 5.30 petang
Harap maklum. Sekian, terima kasih & salam Ramadhan al-Mubarrak.
Belasungkawa
Al-Fatihah kepada Allahyarham Musnarizal bin Mohammad (adik kepada PJS Mazlizar Mat Seman) yang telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi. Sekalung takziah kami ucapkan. Al-Fatihah.