Wednesday, August 24, 2011

Bukan Saka Tapi Pusaka

Penyakit yang dikatakan berpunca dari 'saka' (jin) perlu diteliti semula kemungkinan besar kerana mungkin telah mengambil makanan haram hasil pusaka kerluarga yang tidak bersih. Pengambilan makanan haram mewujudkan kegelisahan dalam hati menurut Ibnu Qayim Al-Jauziyah. Sebelum kita menuduh sesuatau penyakit itu adalah gangguan jin, kita perlulah terlebih dahulu perlu diteliti dari mana sumber makanan kita seharian.

Ini kerap berlaku pada dunia artis dan pekerja di tempat-tempat yang tidak syar'i. Pendapatan yang tidak halal menyebabkan tubuh tetap menolaknya dan membentuk penyakit rohani yang tidak mampu difahami oleh manusia. Apabila berlaku di luar kemampuan akal - jalan mudah untuk menutup kejahilan - penyakit itu dikatakan berasal dari jin atau saka.

Jin dan keturunan pula yang disalahkan sedangkan dirinya tetap bersih dari dosa. Bagaimana dengan ajaran Islam yang mengajar doa yang bermaksud: "Tidak ada Ilah (rab) melainkan Engkau ya Allah, sesungguhnaya aku termasuk di dalam kaum yang zalim." Justeru itu, mengaku kezaliman diri sendiri lebih cepat berlaku proses penyembuhan daripada penyakit spiritual ini. Insya-Allah.