Ada beberapa hal yang dapat dibuat kesimpulan hasil dari pertemuan Taklimat Akujanji bertempat di Dewan Amir Ramadhan (6 Julai 2011):
- Permohonan PJS hendaklah dibuat melalui Pejabat Latihan Zon setelah sesaorang Pengedar merasakan beliau layak untuk dipertimbangkan ke status berkenaan.
- Syarat utama melepasi kelayakan untuk di nilai sebagai PJS adalah pencapaian bonus terkini RM1000.00, Pangkat PJ, keaktifan dalam Siri Program ESP dan program yang lain, tidak melibatkan diri dalam mana mana JUALAN LANGSUNG (MLM, SLM, Jualan langsung internet sistem, Binary, Piramid dan apa apa bentuk yang dikategorikan wujud unsur penajaan dan pembinaan rangkaian) dan komited. Semua ini akan diberikan permarkahan secara merit dan sebahagiannya adalah secara mandatori.
- Pihak Latihan zon akan mengisi laporan penilaian dan akan menghantar ke Ibu Pejabat (HQ)AWM untuk dianalisa oleh Panel Penasihat Perlantikan PJS sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan untuk diHIBAHkan.
- Tempoh Lantikan adalah 3 bulan. Sebarang perlantikan semula adalah bergantung kepada penilaian semasa.
- Kefahaman mengenai MLM syariah, Produk, Plan 3 tahun Sukses, Skil sebagai Mentor, Keaktifan bersama Kelab dan memiliki Kualiti Kimpimpinan tanpa mengambil kira dari jaringan dan kumpulan mana adalah suatu penilaian utama dalam permarkahan Merit.
- Semua PJS dan bakal PJS diwajibkan serta memastikan membawa minima 6 orang downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150 NM untuk kenaikan pangkat PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang dianjurkan oleh HPA.