Wednesday, July 8, 2009

Institut Teknologi HPA (ITHPA)

Kita masih membuka penyertaan kedalam ITHPA dimana ia terbuka untuk 2 jenis pemohonan iaitu:-

1. Pelajar khusus
- mereka yang telah pun memiliki sijil khas
- pembiayaan rumah RM50 sebulan.
- praktikal di mana-mana syarikat dibawah HPA
- pengajian selama 6 bulan
- boleh diserapkan ke jawatan kosong (jika terdapat kekosongan)
- Yuran pengajian (rm1500/-) dihapuskan.

2. Pelajar umum
- pelajar umum tidak mengira umur dan kelulusan.
- pembiayaan hanya rm50 sahaja untuk sewa rumah.
- makan sendiri
- tempoh pendidikan 1 tahun
- selepas tamat boleh memilih samada bekerja dengan HPA atau menjadi usahawan HPA
(pekerjaan sedia menanti)
- boleh memohon untuk mengisi kekosongan jawatan (ketika dalam kursus,jika ada)

Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Latihan HPA dengan kadar segera.

Info dari Blog Pengarah Urusan

Tuesday, July 7, 2009

MOHON KERJASAMA SEMUA CAWANGAN...

Salam...

Saya dapati masih terdapat cawangan-cawangan yang enggan memberi kerjasama kepada pegawai zon yang memantau stok setiap hari di cawangan-cawangan dengan memberi pelbagai alasan. selain itu, maklumat yg diterima itu jgk haruslah tepat dan betul kerana maklumat yg salah akan memberi kesan kepada semua bahagian termasuk di HQ dan bahagian pemantau yg lain.

Jadi saya mohon jasa baik anda semua untuk memberi kerjasama kepada pejabat zon untuk setiap maklumat yang diminta. Jika terdapat apa2 masalah sila inform dengan segera.

Terima kasih.

Wednesday, July 1, 2009

PERPINDAHAN CAWANGAN

MAKLUMAN

Cawangan Port Dickson kini telah berpindah ke bangunan baru berkuatkuasa pada tarikh 1 Julai 2009

Alamat terkini :
No.29, Taman Pusat Cahaya Suria,
KM 3, Jalan Seremban,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Sebarang pertanyaan sila hubungi Eksekutif Cawangan Port Dickson
NORELINA EMMY BT YUSOF di talian 013 3785510

PERHATIAN PARA PJS MALAYSIA - DIBATALKAN

KURSUS, TAKLIMAT DAN SEMINAR MLMS BERSAMA PENGARAH URUSAN

Sila berikan perhatian bahawa semua PJS Malaysia di wajibkan menghadiri kursus dan seminar ini seperti berikut:

Tarikh : 18 hb Julai (jam 8.00 pagi) hingga 19hb Julai 2009 (jam 4.00 petang)

Lokasi : Dewan Amir Mukhtar RFC Sungai Petani
Pakaian: Jaket hitam HPA, Pakaian Solat serta pakaian untuk bermalam.
Makan dan penginapan di sediakan.

Kepada En Kamal AWM sila hubungi seluruh PJS. Hanya untuk PJS sahaja.
Sila tangguhkan dahulu PBC pada tarikh tersebut kerana ini merupakan kewajipan.

RFC LAGUNA KINI DIBUKA.

Alhamdulillah. 29hb Jun 2009: Pada jam 9.30 Pagi ini telah berlangsung majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil yang juga AGM Pentadbiran HPA, telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani. Sebelum itu bacaan Al-Mathurat telah dibuat.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Urusan telah mengingatkan kepada semua kakitangan terutamanya yang terlibat dalam pengurusan restoren supaya menjaga akhlak, mementingkan kebersihan dan sentiasa memberi layanan yang paling istimewa kepada para pelanggan. Majlis diteruskan dengan solat Dzuha untuk memohon keberkatan rezki kepada perniagaan ini.

RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan 'drive-thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.

(Dipetik dari blog KPKT)