Thursday, June 30, 2011

PROGRAM TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGIKLANAN UBATAN TRADISIONAL

PENGENALAN ?

Pihak HPA dibawah kelolaan AWM R&D dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis akan mengadakan Taklimat Garis Panduan Pengiklanan Ubatan Tradisional. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan bagi menerangkan berkaitan garis panduan pengiklanan kepada pengguna produk HPA khususnya dalam memasarkan atau mengiklankan melalui media cetak mahupun media elektronik seperti laman web, blog, jaringan sosial dan penerbitan majalah/buku. Taklimat ini adalah percuma dan terbuka kepada semua ahli-ahli HPA.


APAKAH OBJEKTIF ?
  1. Untuk memberi pendedahan, maklumat dan garis panduan kepada pengguna produk HPA dalam memasarkan atau mengiklankan melalui media cetak dan juga media elektronik.
  2. Menubuhkan satu kelab "Komuniti Blogger HPA" yang berfungsi sebagai satu badan yang memantau penulisan-pemulisan mengenai produk-produk HPA di laman sesawang dan sebagainya.
BILA AKAN DIADAKAN?
02.07.2011

DIMANA ?
Dewan Amir Ramadhan, Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam, 02600, Arau Perlis

SIAPAKAH YANG PATUT HADIR ?
  • Webmaster HPA
  • Blogger-blogger HPA
  • Wakil anak syarikat HPA
  • Wakil Pengurusan Zon AWM
  • Wakil Persatuan Herbalis
  • Presiden atau wakil Kelab kepimpinan Zon (PJS)
  • Ahli-ahli dan pengedar HPA yang berminat
SIAPA AHLIJAWATANKUASA ?
AhlijawatanKuasa yang terlibat :
  1. PENASIHAT : GM Mohammad Faisol Abdul Rahman
  2. PENGERUSI : En. Mohd Arif Fazdilah Abu Bakar
  3. SETIAUSAHA : Cik Nur Hafizah Harun
  4. PENDAFTARAN : En. Mohd Nizar said & Cik Norsyaziela Ahmad Zobri
  5. PENGINAPAN : Cik Normalina Sharoni
  6. INFORMASI & HEBAHAN : En. Mohd Yushairi Mohamed Yusof
  7. CENDERAHATI : Cik Azwani Othman & Cik Husniyah Halim
  8. PERSEDIAAN TEMPAT : En. Mohd Fitri Othman
  9. MAKANAN : En. Sham Sani Dun & Cik Nuryuhasyila Yusof
  10. PEMANTAU : Pn. Azita Hassan
SIAPAKAH YANG PERLU DIHUBUNGI?
Cik Nur Hafizah Harun - 0134235270 / 049760741 / 049779894

Tuesday, June 28, 2011

Kad Bisnes HPA Untuk Ditempah

Kad Bisnes HPA dengan design yang pelbagai kini dibuka untuk tempahan. Anda boleh lihat contoh design dalam gambar di bawah:

Kad bisnes atau business card semestinya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya:
  • Menunjukkan imej dan personaliti anda sebagai seorang usahawan.
  • Memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pelanggan bahawa anda seorang yang serius menjalankan perniagaan.
  • Akan memudahkan pelanggan berhubung dengan anda melalui maklumat perhubungan yang diletakkan dalam kad bisnes.
  • Menjimatkan masa anda untuk memberi maklumat perhubungan diri anda kepada pelanggan (contohnya terpaksa menulis dengan pen). Anda mungkin boleh terlepas peluang mendapatkan pelanggan yang mungkin hendak cepat.
  • Sangat praktikal dan dengan mudahnya anda dapat berikan kad bisnes ini kepada sesiapa saja semasa anda menghadiri sesuatu majlis, program atau aktiviti di tempat anda.
  • Akan membantu anda mengekalkan perhubungan dengan pelanggan anda untuk suatu jangka masa yang panjang.

Jika anda seorang ahli HPA yang bergiat aktif sebagai pengedar, usahawan mahupun stokis, inilah masanya untuk mempromosi perniagaan HPA anda dengan lebih efektif dan profesional dengan menggunakan kad perniagaan.

Jadi, kepada semua ahli HPA yang berminat untuk mendapatkan Kad Bisnes HPA ini, sila emel ke sales.duniaherba@gmail.com beserta maklumat berikut untuk proses penghantaran:

  • Nama:
  • Kod design:
  • Alamat:
  • No tel (rumah/pejabat):
  • Emel:
  • Laman web:

Anda boleh juga menambah maklumat lain seperti lokasi, no ahli HPA dan lain-lain. Harga untuk 200 keping kad ialah RM 40 sahaja. Tidak termasuk kos penghantaran. Jom tempah sekarang!

Info Terkini Kelayakan PJS Malaysia

Berhubung dengan tarikh akujanji PJS pada 6hb Julai 2011 ini. Berikut adalah makluman untuk diberi perhatian:

1. Mulai sekarang syarat utama permohonanan PJS adalah minimum bonus RM 1000 dan aktif serta komited dalam semua program utama ESP, Bengkel ESP, KPJ ESP, Anugerah ESP dan semua program berkaitan dengan ESP. Borang permohonan PJS sila dapatkan di zon masing-masing melalui jabatan latihan Zon.

2. Untuk permohonan menyambung status PJS yang sedia ada, pihak Latihan Zon di kehendaki membuat lapuran penilaian melalui Borang yang akan disediakan oleh pihak AWM (En Kamal). Syarat utama menyambung kontrak PJS juga tertakluk kepada keatifan dan komitmen PJS sedia ada terhadap program program yang berkaitan dengan ESP.

3. Setiap kontrak penyambungan PJS hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Selain dari komitmen dan keaktifan dalam program berkaitan ESP, syarat kelayakan juga bergantung kepada displin, tidak melibatkan diri dalam MLM lain samada secra langsung atau sebaliknya, karakter kepimpinan tanpa mengira jaringan, keaktifan program mingguan, cawangan samada dianjurkan oleh syarikat dan kelab.

4. Semua PJS dan bakal PJS di wajibkan memastikan membawa minima 6 downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150NM untuk kenaikan PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.

5. Kelayakan dan Keaktifan sebagai Mentor dalam program ESP, adalah suatu kelebihan dalam proses penilaian dalam perlantikan PJS.

6. Anggota Panel yang terlibat didalam penyambungan status PJS adalah terdiri seperti berikut;
a) Pengarah Urusan 1 HPA
b) Pengarah Urusan 2 HPA
c) Pengurus Besar AWM
d) Pengurus Besar MIS
e) Panel Syariah Ust Adnan bin Fadzil
f) Panel Syariah Ust Zolkarnain Abidin

KPJ-ESP Nilai

Pasar ESP akan dibuka pada jam 9.00 pagi - 11.00 malam. Diharapkan staf cawangan dari sekitar NEGERI SEMBILAN amat digalakkan utk hadir membantu. Harap maklum.

Saturday, June 25, 2011

Tuesday, June 21, 2011

program jelajah kpj esp bersama pengarah urusan

Berikut adalah Jadual Program Jelajah KPJ ESP bersama Tuan Haji Ismail bin Ahmad

18 Jun Alor Setar - SHAHAB PERDANA
19 Jun Sungai Petani - DEWAN UMAR MUKHTAR
20 Jun Penang - B-SUITE HOTEL, PENANG
21 Jun Ipoh - CAWANGAN IPOH
22 Jun Kangar - HQ HPA
23 Jun HPAic.
24 Jun Johor - HPA JOHOR BHARU
25 Jun Melaka - HALAL MART AYER KEROH
26 Jun Kuantan
27 Jun Kuala Terengganu
28 Jun Kota Bharu

Pasar ESP akan bermula pada seawal jam 9.00 pagi
Program kuliah akan bermula pada jam 8.30 malam
Promosi pembelian minyak But But menanti anda semua
Sebarkan demi "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

info terkini mengenai mantain esp

Mulai serta merta, para peserta baru yang menghadiri mana mana bengkel ESP boleh melakukan maintain 150pv dan mendapat status PLX 20%. Ini merupakan peluang besar untul mencipta kejayaan.

jawatan kosong di RFC

Saturday, June 18, 2011

Kuliah Perubatan JAWI bersama Pengarah Urusan


Jadual Kuliah Perubatan JAWI (KPJ) bersama Pengarah Urusan akan datang:
  • KPJ HPA Johor Bahru (24 Jun)- oleh Pengarah Urusan
  • KPJ Halal Mart Ayer Keroh (25 Jun) - oleh Pengarah Urusan
  • KPJ HPA Nilai (29 Jun) - oleh Ust Zolkharnain Abidin
Masa KPJ dijalankan pada jam 8.30 - 11.00 mlm. Pasar ESP juga akan dibuka pada jam 9.00 pagi. Mari kita meramaikan program ini. Gempur!!!
"1 HPA 1 Perjuangan 1 Ummah"

Ralat Perubahan Lokasi Bengkel ESP

Thursday, June 16, 2011

Memo Perubahan Stesen Utama

Syarat-syarat Bengkel ESP

Syarat-syarat untuk mengadakan Bengkel ESP di cawangan-cawangan utama :
  1. Mesti dianjurkan oleh pihak Zon dengan kerjasama Kelab Pemimpin Zon.
  2. Mesti diadakan di cawangan-cawangan utama.
  3. Memastikan keadaaan dewan sesuai dengan keadaan peserta yang hadir.
  4. Kehadiran peserta WAJIB melebihi 50 orang.
  5. Bekas peserta ESP boleh maintain 150NM di cawangan utama selepas 3 hari program ESP berlangsung.
  6. Bekas peserta ESP juga, berhak untuk maintain 150NM di bengkel ESP dicawangan utama dengan syarat hendaklah melampirkan sijil penyertaan ESP terdahulu sebagai bukti penyertaan.
  7. Tidak dibenarkan membawa wakil (Proxy) sama sekali.
  8. Berpakaian kemas (Jaket HPA atau Blazer).
  9. Memastikan Produk yang mencukupi semasa bengkel berlangsung.

Wednesday, June 15, 2011

Senarai Kehadiran Peserta Bengkel ESP Nilai 19 Jun 2011

32. ARIFAH DONA BTE MUSTAFA | 692199 | 561130-07-5052 | 010-2081210 |

Senarai Kehadiran Peserta Bengkel ESP Ayer Keroh 18 Jun 2011





Memo Kenaikan Harga Barangan

Kenaikan Harga Ayam

Salam. Berikut adalah kenaikan harga bagi produk:

MK12B - Ayam Organik (1.5kg) = RM17.50 dinaikkan kepada
MK12B - Ayam Organik (1.5kg) = RM18.50

Untuk makluman, NILAI MATA adalah kekal (2 NM).
KENAIKAN harga ini berkuatkuasa dari tarikh MEMO INI DIKELUARKAN.

Tuesday, June 14, 2011

Bengkel ESP & Majlis Penganugerahan Pangkat ESP PLX (20%)

BENGKEL ESP
Tarikh : 18hb Jun 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Cawangan Pasir Pekan, Kelantan & HPAic, Seksyen 13 Shah Alam

MAJLIS PENGANUGERAHAN PANGKAT ESP PLX (20%)
Tarikh : 18hb Jun 2011
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Sutera Inn, Kota Bharu, Kelantan & HPAic, Seksyen 13 Shah Alam

Esklusif Suntuhan Pemimpin (ESP) - Real Business Edisi Ke-2

JADUAL ESP-REAL BUSINESS EDISI KEDUA SELURUH MALAYSIA
09 Julai 2011 : ESP Zon Borneo (Sarawak) - Pengarah Urusan HPA
09 Julai 2011 : ESP MiTC, Melaka - Tn. Hj. Fisal (PU2) & Mohammad Faisol (GM AWM)
16 Julai 2011 : ESP Zon Tengah - Tn. Hj. Fisal (PU2) & Mohammad Faisol (GM AWM)
16 Julai 2011 : ESP Zon Borneo - Pengarah Urusan HPA
23 Julai 2011 : ESP Zon Timur - Tn. Hj. Fisal (PU2) & Mohammad Faisol (GM AWM)
30 Julai 2011 : ESP Zon Utara - Pengarah Urusan HPA

Memp Borang Penggunaan Produk

Monday, June 13, 2011

Makluman Perlantikan Penolong Pengurus Zon Selatan

ESP - Real Business Edisi Ke-2

Tarikh : 9 Julai 2011
Masa : 08.30pg-5.30ptg (ESP - Real Business)
08.30-11.00mlm (KPJ ESP)
Tempat : Melaka International Trade Centre (MiTC), Ayer Keroh, Melaka
Sasaran Kehadiran : 1,000 orang
Bayaran : PERCUMA!!!

"1 HPA, 1 PERJUANGAN, 1 UMMAH"

Makluman Produk Baru

Tuesday, June 7, 2011

RALAT BENGKEL ESP SELATAN



INFO LANJUTAN MENGENAI PBC & ESP (SEMENANJUNG MALAYSIA)

Salam.

Berhubung dengan pandangan beberapa PJS mengenai pertimbangan PBC di lanjutkan hingga bulan Jun 2011, diatas alasan penginapan program yang sudah di tempah dan di bayar deposit serta ujud tindakan pengumpulan NM pengedar, maka HPA bersetuju untuk melanjutkan PBC hingga akhir Jun 2011. Namun demikian penganjur PBC di wajibkan mendapat kelulusan dari Presiden Kelab (KPA,KPU, KPT dan KPS) terlebih dulu supaya tidak ujud pertindihan program dengan ESP.

Sehubungan dengan itu, sila selesaikan masaalah pengumpulan NM. tempahan hotel dan apa apa yang berkaitan dengan PBC pada bulan Jun ini dan selepas ini PBC akan di mansuhkan dan di gantikan dengan ESP.

Sekian. Mohon perhatian.
Wasallam

INFO TERBARU MENGENAI PBC & ESP - GM AWM


Salam pada seluruh warga HPA Malaysia

Berikut adalah keputusan hasil mesyuarat antara Pengarah Urusan, GM, AGM Zon dan Pres Kelab KPA, KPT, KPU dan KPS.

1. Semua program PBC di hentikan bagi memberikan fokus kepada Real Business ESP. Namun demikian PBC di benarkan buat masa ini di wilayah Borneo kerana ESP belum dilaksanakan.

2. Semua peserta ESP yang ingin mencapai status PLX 20% ESP dikehendaki melakukan maintain 150 PV keatas mana mana produk di Pasar ESP. Kepada peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain pada hari ESP di pasar ESP, di bolehkan untuk melakukan maintain di mana mana cawangan HPA dalam tempoh 3 hari selepas ESP.(hanya di cawangan HPA sahaja).

3. Bagi peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain dalam tempoh seperti yang di sebut atas, peserta ESP masih lagi boleh melakukan maintain di mana mana BENGKEL ESP.

4. Semua peserta ESP adalah di sarankan supaya meneruskan program Bengkel dimana anda akan di perkenalkan dan di bimbing oleh para Mentor bagi tujuan pencapaian sukses selama 3 tahun.

KILANG BARU KOPI RADIX



Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.

Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali.

Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.

ESP-Real Business Johor Bahru - Tahniah kepada semua staf Zon Selatan

Wednesday, June 1, 2011

Ralat KPJ Zon Selatan Jun 2011





Bengkel Interpretasi Cawangan (BIC)

Sesi Pertama
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Dewan Fatimah Az-Zahraa, Kluang
Fasilitator : En. Taufik Sahrudin (Pengemudi Majlis)
En. Mohammad Yunus Abdul Rasid (Operasi)
Cik Azlin Rosni (Sumber Manusia)
Kehadiran : 17 orang

Sesi Kedua
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Dewan Fatimah Az-Zahraa, Kluang
Fasilitator : En. Taufik Sahrudin (Pengemudi Majlis)
En. Mohammad Yunus Abdul Rasid (Operasi)
Kehadiran : 20 orang