Wednesday, November 10, 2010

HPA DI EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA DI PERSADA CONVENTION JOHOR BAHRU


Salam semua warga HPA.


Bersempena dengan Ekspo Belilah Barangan Malaysia pada 11-14 November ini. Marilah bersama-sama memeriahkan booth HPA lot 101 Tingkat 1 PERSADA Convention Centre. Keahlian dibuka dan perawatan JAWI oleh Herbalis Johor turut bersama-sama kita dalam pameran tersebut. Gempur....

MEMO PEMBELIAN ASET CAWANGAN

Monday, November 8, 2010

PELANCARAN MINYAK WANGI AKHIL HAYY DAN MAJALAH IKON



Sabtu, 6hb Nov 2010: HPA telah melancarkan produk terbaru Akhil Hayy Perfume yang dilancarkan oleh Penyanyi Akhil Hayy dan GM Zon Tengah merangkap Setiausaha Panel Syariah HPA, Ust Ahmad Adnan Fadzil.
Kerjasama ini dilakukan dibawa program MIBF yang berperanan dalam membantu memasarkan produk keluaran IKS muslim kepada ahli-ahli HPA.

Friday, November 5, 2010

RANKING JUALAN CAWANGAN/HALAL MART/KIOSK ZON SELATAN BAGI OKTOBER 2010

Berikut adalah ranking bagi bulan Oktober 2010.

1. Caw. Semabok
2. Caw. Nilai
3. Caw. Pasir Gudang
4. Caw. Batu Pahat
5. Caw. Johor Bahru
6. Caw. Tangkak
7. HPA Halal Mart Serkam
8. Caw. Kota Tinggi
9. HPA Halal Mart Senawang
10. Caw. Masjid Tanah
11. Caw. Muar 2
12. Caw. Muar 1
13. HPA Halal Mart Ayer Keroh
14. Caw. Segamat
15. Caw. Parit Raja
16. Caw. Skudai
17. Caw. Kluang 2
18. Caw. Johor Jaya
19. Caw. Bahau
20. Caw. Simpang Renggam
21. Caw. Kulai
22. Caw. Rengit
23. Caw. Pontian
24. Caw. Port Dickson
25. Caw. Tampin
26. Caw. Mersing
27. Kiosk Larkin
28. Caw. Kluang 1
29. Caw. Kuala Pilah
30. Caw. Yong Peng
31. Caw. Ayer Hitam

Alhamdulillah, rezeki masih dikurnikan kepada kita. Teruskan berjuang bersama HPA bagi meningkatkan jualan zon ini. Teruskan juga amalan harian anda iaitu Al Ma'thurat, Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat. Amin.

CATRIDGE A CERAMIC DEW WATER FILTER KINI BOLEH DIPESAN

Salam Warga HPA semua,

Makluman kepada staf, ahli, agen stok yang ingin membuat pembelian catridge ceramic bolehlah membuat pesanan terus ke Pejabat Pentadbiran Zon Selatan 07-7733717 atau 07-7722717 dengan harga RM33.00 per unit.

TINTA PENGARAH URUSAN BULAN NOVEMBER 2010




RALAT!!!!! KPJ PORT DICKSON

PELANCARAN MINYAK WANGI AKHILL HAYY DAN MAJALAH IKON EDISI KHAS HPA


KISAH ULAR HITAM DAN JENAZAH.....


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …

Kisah Benar..
kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri
kita ini.
Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah..
Keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar …
Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.
Subhanallah.
Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.
Bagaimana kalau tak solat..?

Wednesday, November 3, 2010

Monday, November 1, 2010

JADUAL MEGA PBC ZON SELATAN

HEBAHAN KULIAH PERUBATAN JAWI ZON SELATAN BULAN NOVEMBER 2010

KURSUS PRA HERBALIS U-HERBS KPS

Perasmian Kursus Pra Herbalis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Presiden KPS PJS Siti Habibah Bt Yusof.Pengerusi Majlis - Herbalis PJS Rahim b Muntawil merangkap Setiausaha U-Herbs KPS.Slot pertama telah disampaikan oleh Herbalis PJ Azmely b Hj Yaakob merangkap Timbalan Setiausaha U-Herbs KPS dan Setiausaha Persatuan Herbalis SeMalaysia.Dengan Slot Kecekapan Diagnos dan Ketepatan Herba
Slot seterusnya telah disampaikan oleh Al Fadhil Herbalis PJ Us. Abd Hadi b Mohd Isa selaku Ketua U-Herbs KPS dan Timbalan Presiden Persatuan Herbalis SeMalaysia. Beliau menyampaikan Slot Herbalogi dan Asas Perawatan Berasaskan Perubatan Jawi.
Para peserta berpeluang mempraktikkan kaedah perawatan akupuntur dan secara keseluruhan para peserta menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang perawatan dan bersemangat untuk hadir ke Kursus Pra Herbalis Siri 2 kelak.
Sekalung Tahniah dan ribuan terima kasih kepada urusetia kursus, para PJS, AJK KPS, Herbalis KPS dan Pelapis PJS KPS yang membantu dalam kelancaran kursus.
Tahniah kepada para peserta yang begitu bersemangat untuk mendalami ilmu perawatan dan semoga niat murni untuk memartabatkan Perubatan Jawi mendapat keizinan-Nya.

PROGRAM HPAic BULAN NOVEMBER 2010

PELANCARAN MAJALAH IKON DAN PERFUME AKHIL HAYY


IKON – Majalah keluaran khas HPA akan dilancarkan oleh Tn Hj Ismail pada hari Sabtu 6 NOV 2010, Jam 8.30 Malam di Menara HPAic. Us Akhil Hayy juga akan hadir pada malam itu untuk memperkenalkan perfume keluarannya untuk dipasarkan oleh HPA. Jemput hadir beramai-ramai.

PETIKAN HARIAN METRO: HPA INGIN BUKA PASARAYA BESAR

Keluaran 1 Nov 2010: http://www.hmetro.com.my/articles/HPAmahubukapasarrayabesar/ArticleOleh
Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.

“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.

“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.

“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.